Wednesday, 22 October 2014

Inni akhafullah

Assalamualaikum..
Entri hari ini membincangkan tentang kedudukan kita di mata Allah..

'Aku takutkan Allah'..

Dalam hidup kita disajikan dengan nikmat yang tak kunjung padam.
 
Alhamdulillah Ya Rab..

Tapi pernahkah anda terfikir mungkin nikmat itu juga Allah jadikan sebagai ujian untuk kita?

Jika tidak pernah.bukalah mata hati kita untuk berfikir ..

Tidak takutkah kita jika nyawa kita diambil dalam keadaan kita tak sedar akan semua ini?
Saat kita lalai dalam mengingati Nya?
Justeru apakah keadaan kematian itu adakah kita mendapat husnul khatimah iaitu kesudahan yang baik?

Sedarlah..sesungguhnya bagaimana mahu melihat bahawa kita mati dalam keadaan yg mendapat husnul khatimah ialah dengan melihat sama ada kehidupan kita di dunia menjadi hamba yang baik ataupun tidak..

Moto kehidupan rata-rata dalam masyarakat pelajar.. 'Strive for excellence'.. Cukupkah jika hanya pandai pada akademik sahaja tetapi tidak pada rohani nya?

Bercintalah dengan Allah 'Azza Wajal.. Bagaimana? Kita rasa kita solat dah cukup untuk membuktikan kita cinta pada Nya?
Apakah nilai nya solat itu jika kita hanya melakukan solat itu sebagai ritual tanpa kita mengabdikan diri serendah-rendahnya di hadapan Nya?

Fahamilah.hayatilah.
Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada perkara mungkar..
Tanyalah diri kita kembali mengapa kita masih melakukan maksiat sedangkan solat itu mampu mencegah dari maksiat?

Adakah solat yang hanya ritual itu mampu?
Adakah solat yang tak dihayati itu mampu?

Tepuk dada tanya iman..

Bagaimana mahu bercinta dengan Allah?
Contohnya.kita ceritakan apa yang kita lakukan seharian kepada kekasih hati kita.kita mesej 24 jam dengan si dia yang apabila berenggang barang sejam sudah rasa bagai seratus hari.
Adakah kita berbicara dengan Allah 24 jam? Adakah kita rindu pada Allah? 
Lalu dimanakah jaminan yang dikatakan kita mencintai Allah?
Maka caranya ialah selalulah berbicara dengan Allah..
Selalulah berzikir di dalam hati yang dihadirkan juga dengan kerendahan hati..

Kejarlah akhirat.nescaya dunia dan akhirat akan mengejar mu.tetapi jika kita kejar dunia semata-mata nescaya hanya dunia yang kita akan kecapi.

Wassalam.


 




No comments:

Post a Comment