Dekat tapi jauh atau jauh tapi dekat?
Inilah yang terjadi kepada dunia akhir zaman..
Orang yang jauh semakin rapat walhal orang yang dekat makin jauh..
Jiran sebelah rumah sakit masuk hospital pon tak tahu tp kawan yang sakit kat hong kong jatuh bilik air pon kita boleh tahu.
Lalu, di manakah hak jiran kita ?
Bukankah menunaikan hak jiran itu dituntut oleh Islam?
Pernah Rasulullah bersabda kiamat akan terjadi pada zaman yang piring akan berhubung dengan piring (muwasalat).. Iaitu satelit pada zaman yang tengah kita duduk sekarang.
Masih tak sedar lagi ke kita ni kat zaman yang disebutkan dalam hadis?
Masih nak buat benda-benda lagha? Masih nak pakai pakaian yang tak cukup benang? Masih nak tinggal solat? Masih nak curi makan masa bulan puasa? Masih nak gelak gabak sampai tak ingat mati?
Nampak tak kita dah menzalimi diri sendiri..?
Life is all about choices and we choose to destroy ourselves..
Nak salahkan siapa bila kita sendiri yang pilih?
Kita pernah berjanji kepada Allah sebelum kita melihat dunia bahawa kita akan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangan Nya..
Mesti anda terfikir kenapa aku tak ingat?
Lalu dimanakah ujian kita jika kita ingat?
Kalau Allah jadikan semua orang ingat akan janji itu siapa yang sanggup mungkiri janji tu kan?
Kalau kita sedar akan hakikat ini nescaya kita tak akan berani nak langgar sewenang-wenangnya janji kita kerana sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat.
Dalam mengingatkan orang lain sy cuba muhasabah diri jugak.mungkin banyak perkara yang terlepas pandang.
That's all I guess for today..see ya.daaa
Dalam mengingatkan orang lain sy cuba muhasabah diri jugak.mungkin banyak perkara yang terlepas pandang.
That's all I guess for today..see ya.daaa
No comments:
Post a Comment