Saturday, 17 January 2015

hidup penuh alasan

Bila hidup penuh alasan..

Hidup penuh pembohongan
Hubungan dengan masyarakat berantakan
Hati tak tenang dan kegelisahan
Penyakit malas makin menjadi ikutan


Bila hidup penuh alasan

Hidup terarah ke duniawi
Tidak mengendahkan ukhrawi
Resah di hati dikata penyakit misteri
Masalah semuanya sebenarnya dicari sendiri

Bila hidup penuh alasan

Pelajaran tak perform disalahkan suasana
Hidup dikata tak bermakna
Nabi muhammad berjaya tanpa periksa
Kenapa boleh berjaya?
Kerana dilakukan demi agama

Bila hidup penuh alasan

Masa selalu dipersalahkan
Atas alasan tiada kesempatan
Adakah mahu menunggu sehingga setelah dikafan
Baru mahu membuat perubahan
Tepuk dada tanya Iman

Bila hidup penuh alasan

Agama diperlekehkan
Dijadikan mainan
Al Quran tidak diendahkan

Bila hidup kurang alasan

Kita akan dekat dengan Tuhan
Hidup penuh keberkatan
Sentiasa mahu melakukan penghijrahan ke arah kebaikan
Jannatul Firdaus akhirnya penempatan

Subhanallah! Carilah ilmu hingga ke hembusan nafas yang terakhir.sesungguhnya ilmu yang diturunkan ke atas muka bumi ibarat setitik air sahaja.

Friday, 16 January 2015

hmm

Lama dah tak tulis ape2. Well.I guess this is a start over. Ape yang kita rasa kalau sesuatu yang peribadi yang kita sayang dilihat oleh ramai orang. Terasa ibarat privasi tu tercabar. Ape yang sy tengah cakap ni related dengan aurat sebenarnya.. Kalau suami suruh isteri tutup aurat salah satu alasannya sebab itu hak suami dan suami tak suka orang lain tengok ape yang sepatutnya hanya dilihat oleh si suami je.tapi kalau suami tak tutup aurat macam mane? Itu bukan ke hak isteri sahaja yang boleh tengok? Tapi masyarakat tak pandang benda tu besar. Isteri pon tak nak berkongsi org yang dia sayang dengan orang lain. So how? I once heard or read a sentence which stated kalau nak suami idaman wanita kita kenalah jadi wanita idaman lelaki.means that kalau nak isteri solehah kenalah jd lelaki yang soleh. Kalau nak isteri tutup aurat tutuplah aurat jugak. Sejuk kat dunia tp panas akhirat ke yang kita nak? Nabi kata dunia ibarat neraka bg org beriman tetapi syurga bg org yang tidak beriman. Tepuk dada tanya iman. Kalau benda kecil tentang diri sendiri kita tak mampu ubah tak payah lah bercakap tentang nak ubah keluarga,masyarakat apetah lagi negara. Macam mane nak jaga agama? Jagalah akhlak. Wallahualam.