Bila hidup penuh alasan..
Hidup penuh pembohongan
Hubungan dengan masyarakat berantakan
Hati tak tenang dan kegelisahan
Penyakit malas makin menjadi ikutan
Bila hidup penuh alasan
Hidup terarah ke duniawi
Tidak mengendahkan ukhrawi
Resah di hati dikata penyakit misteri
Masalah semuanya sebenarnya dicari sendiri
Bila hidup penuh alasan
Pelajaran tak perform disalahkan suasana
Hidup dikata tak bermakna
Nabi muhammad berjaya tanpa periksa
Kenapa boleh berjaya?
Kerana dilakukan demi agama
Bila hidup penuh alasan
Masa selalu dipersalahkan
Atas alasan tiada kesempatan
Adakah mahu menunggu sehingga setelah dikafan
Baru mahu membuat perubahan
Tepuk dada tanya Iman
Bila hidup penuh alasan
Agama diperlekehkan
Dijadikan mainan
Al Quran tidak diendahkan
Bila hidup kurang alasan
Kita akan dekat dengan Tuhan
Hidup penuh keberkatan
Sentiasa mahu melakukan penghijrahan ke arah kebaikan
Jannatul Firdaus akhirnya penempatan
Subhanallah! Carilah ilmu hingga ke hembusan nafas yang terakhir.sesungguhnya ilmu yang diturunkan ke atas muka bumi ibarat setitik air sahaja.
No comments:
Post a Comment