Sunday, 2 November 2014

sports? ingat style sangat ke?

Bismillah..

Kehidupan dalam Islam bukan hanya menitikkan perkembangan dan pembangunan rohaniah semata-mata tetapi mementingkan perkembangan lahiriah juga agar sentiasa sihat untuk melakukan ibadah. Malah kesihatan juga memainkan peranan penting terhadap kekhusyukan dalam solat. Niatlah sukan itu sebagai ibadah umum. In shaa Allah ada pahalanya. Apa yang ingin sy tegaskan di sini ialah adakah benar kita niatkan sukan itu ibadah jika kita tak mengikut syariat dan garis panduan yang telah ditetapkan? Sebagai orang Islam.kita tahu bahawa aurat itu perlu dijaga sebaik mungkin baik lelaki mahupun wanita. Apa yang saya kesal ialah saya rasa susah nak tengok acara sukan yang pemain nya orang Islam sendiri apabila tidak menutup aurat. Terasa ibarat bersubahat dan menyokong tindakan tu. Ni tak cakap lagi pasal gambar. Orang dengan bangganya upload gambar kat instagram or twitter and so on and so forth gambar yang konon2 menang tu. Tapi tanyalah diri adakah anda menang di mata Allah. ? Kita harap Allah tutup dan jaga aib kita tapi kita sendiri membuka pekung di dada? Lepas tu bangga buka aib sendiri? Hahaa.tak rasa lawak ke. As times goes on,manusia semakin ade brain tapi nilai estetika dan keperibadian yang indah dalam diri sendiri semakin hilang. Adakah itu dipanggil masyarakat bertamadun? Cuba definisikan balik maksud tamadun tu. Come on lah.jgn pandang sesuatu perkara tu remeh.takut2 perkara remeh tu lah yang akan restrain kita dari masuk ke syurga. Nauzubillah. Takutnyaaa. Saya juga tidak sempurna. Tapi jom sama2 jadi manusia bijak jasmani dan rohani. Mohonlah ampun dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat. Taubat lah dengan taubat yang sebenar2 nya. Istiqamah kan lah hati. Berusaha lah.tak susah. Islam ni kan mudah. Tapi bukan untuk dipermudahkan. Jom menang dalam erti kata yang sebenar. Peliharalah apa yang patut dipelihara. Cantik itu subjektif. Lelaki atau pon perempuan ade keindahan yang tersendiri jadi simpan lah untuk bakal suami atau isteri ya. Nak seribu daya .tak nak banyak lah dalihnya. Lumrah dunia. Hmm. That is all I guess. Conclusionnya ialah tak payah lah rasa bangga sangat dengan sukan dan medal kita yang bertimbun.semua tu pon rezki Allah jugak. Tp kita yang kena sentiasa bersyukur lah kan dengan nikmat Tuhan. Jom kita minimizekan dosa. Wassalam

No comments:

Post a Comment